
PETALING JAYA – Petronas bersama syarikat tenaga Itali, Eni, mengumumkan penubuhan Searah, sebuah syarikat usaha sama dengan kepentingan masing-masing 50 peratus yang menggabungkan aset terpilih di Malaysia dan Indonesia.
Ini adalah sebahagian daripada strategi berasaskan kerjasama bagi meningkatkan nilai portfolio, menyokong pembangunan tenaga mampan serta memperkukuh keselamatan tenaga negara dan rantau.
Beroperasi sebagai entiti bebas, Searah menyediakan platform lebih fokus untuk meningkatkan prestasi operasi dan mempercepatkan penciptaan nilai, seiring dengan usaha berterusan Petronas mengoptimumkan portfolio serta meneroka peluang pertumbuhan baharu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, penubuhan Searah selaras dengan tumpuan syarikat untuk melaksanakan disiplin lebih ketat dalam pembangunan sumber, pengagihan modal lebih tangkas serta penekanan terhadap penciptaan nilai berterusan dalam rantaian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
