Menerusi kerjasama PETRONAS MIE Racing Honda Team, bakat tempatan seperti Helmi dan Super KIP diberikan peluang keemasan untuk bertanding dalam Moto2™ di Kejuaraan Motosikal PETRONAS Grand Prix Malaysia (MotoGP™) di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PSIC) menerusi tiket wildcard.
Helmi Azman, bintang baharu yang sedang mencuri perhatian, berjaya mempamerkan prestasi hebat dalam Kejuaraan Idemitsu FIM Asia Road Racing 2024. Helmi menduduki tempat ke-5 terbaik secara keseluruhan untuk kelas Supersports 600cc.
Prestasinya sepanjang musim jelas menunjukkan dedikasi dan kemajuan diri sebagai pelumba, menjadikannya pesaing berbahaya buat kesemua perlumba lain.
Nama Khairul Idham Pawi atau lebih dikenali sebagai Super KIP sudah tidak asing lagi, beliau dianggap sebagai salah satu bakat terunggul dalam sukan permotoran Malaysia, mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang menang perlumbaan Grand Prix dalam kategori Moto3™, kemenangan luar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
