Site icon Kool FM

Petronas, Mitsui teroka peluang pengangkutan CO2


PETALING JAYA – Petronas bersama syarikat perkapalan utama global, Mitsui O.S.K. Lines. Ltd. (MOL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang dalam pengangkutan karbon dioksida (CO2) cecair bagi rantaian nilai penyimpanan, penggunaan dan penangkapan karbon (CCUS) di rantau Asia Pasifik dan ­Oceania.

MoU itu ditandatangani secara maya pada Isnin lalu oleh Naib Presiden Eksekutif Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MOL, Takeshi Hashimoto.

Adif berkata, Petronas sentiasa meneroka peluang untuk mengurangkan pembebasan karbon dalam operasinya.

“Kerjasama ini penting memandangkan pengangkutan CO2 cecair jarak jauh memainkan peranan penting dalam rantaian nilai CCUS.

“Kami yakin rekod prestasi MOL yang kukuh, ditambah dengan pengambilalihan Larvik Shipping AS oleh MOL yang telah mengangkut CO2 dengan selamat untuk tempoh lebih 30 tahun.

“Ini bakal menempatkan kami sebagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version