KAJANG – Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) bakal menganjurkan Anugerah Digital Tahunan 2022 pada bulan depan sebagai mengiktiraf pelbagai sektor swasta, badan kerajaan, persatuan, individu dan usahawan yang terlibat dalam industri tersebut.
Pengerusinya, Datin Seri Harnie Mohamed berkata, penganjuran julung-julung kali itu akan melibatkan pemberian sehingga 29 anugerah daripada pelbagai kategori seperti telekomunikasi, makanan dan minuman, pengangkutan, petroleum dan usahawan wanita.
Menurut beliau, melalui anugerah tersebut, para pemenangnya bakal memiliki pelbagai kelebihan termasuk mengukuhkan lagi jenama syarikat bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabangsa dan menambah baik keterhubungan dengan pelabur di pasaran global.
Ini kerana pertubuhan tersebut telah melaksanakan pelbagai program berbentuk ekonomi digital di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka dan Turkiye sebelum ini.
“PGDM juga akan membantu usahawan dan syarikat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
