Site icon Kool FM

Philippe Troussier Sasar Bawa Vietnam Layak Ke Piala Dunia 2026

Troussier Vietnam


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pengendali dari Perancis, Philippe Troussier semalam telah diperkenalkan secara rasmi sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Vietnam bagi menggantikan tempat Park Hang Seo.

Artikel Berkaitan:

Beliau telah menandatangani kontrak tiga tahun bermula 1 Mac 2023 hingga 31 Julai 2026. Selain skuad Senior, Troussier juga akan mengendalikan pasukan bawah 22 tahun Vietnam. 

Jurulatih yang berusia 67 tahun itu menjadi pilihan utama Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF) kerana mempunyai pengalaman melatih skuad Vietnam bawah 19 tahun (B-19) pada 2019 hingga 2021 selain menjadi Pengarah Teknikal VFF. Beliau juga cukup memahami budaya bola sepak negara tersebut.

Malah, Troussier kali ini menyasarkan untuk bawa Vietnam mara ke Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.

Menurut kenyataannya dalam sidang media semalam, sasaran tersebut tidak mustahil untuk dicapai berdasarkan kedudukan ranking FIFA Vietnam di tangga 96 dunia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version