
PERUBAHAN gaya hidup masyarakat masa kini, termasuk pemakanan tidak sihat yang mendorong pelbagai penyakit bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang dewasa dan warga emas, tetapi juga kanak-kanak.
Selain kewujudan hospital, klinik dan pelbagai pusat rawatan, keperluan untuk perkhidmatan fisioterapi juga penting bagi memenuhi pertumbuhan pasaran.
Sebuah syarikat bumiputera, Physiogo Sdn. Bhd. telah bertapak sejak tahun 2017 menerusi outlet sulungnya di Bangi, dan kini memiliki 11 cawangan di pelbagai lokasi strategik di Lembah Klang bagi membantu merawat lebih daripada 90,000 pesakit.
Pengurus Besarnya, Muhammad Harith Mohd. Azman berkata, misi syarikat adalah untuk menjadi sebahagian daripada komuniti bagi membantu mereka menikmati kehidupan lebih baik, sambil memartabatkan profesion fisioterapi di Malaysia.
“Kami sangat terkesan apabila ada segelintir masyarakat yang menyamakan kami sama dengan tukang urut, jadi kami perlu memainkan peranan untuk mengangkat profesion…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
