PETALING JAYA – Berpotensi tidak kira dalam fasa negara dilanda kegawatan kewangan, pandemik virus berbahaya atau dalam keadaan kegawatan ekonomi, perkhidmatan daripada ahli fisioterapi kini semakin diperlukan untuk membantu menyelesaikan masalah kesihatan masyarakat sama ada yang berusia muda ataupun warga emas.
Ini kerana rata-rata masyarakat sering terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan atau kesakitan ketika sedang bekerja, di jalan raya ataupun hanya di dalam rumah.
Berdasarkan faktor tersebut, usahawan yang berasal dari Kelantan, Mohamad Arif Mohd. Yusuf, 30, memulakan langkah kanan dengan meneroka bidang tersebut melalui syarikat miliknya, Physiogo Sdn. Bhd. (Physiogo) pada tahun 2017 hingga kini yang telah memiliki lima cawangan di Lembah Klang.
Physiogo yang beribu pejabat di Bangi, Selangor itu turut memiliki lebih 40 kakitangan termasuk perawat berkelayakan dengan kelulusan sebagai ahli fisioterapi serta menawarkan khidmat terbaik berasaskan kajian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: