Iran nyata sukar digugat Palestin apabila meraih kemenangan selesa 4-1 pada aksi sulung kumpulan C Piala Asia 2023 yang berlangsung di Education City Stadium, Al Rayyan sebentar tadi.
Turun selaku antara pasukan pilihan juara, Iran tampil cukup garang dengan membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi penyerang, Karim Ansarifard.
Artikel Berkaitan:
Mendapat lorongan baik dilakukan Saman Ghoddos memberikan ruang yang cukup luas buat Ansarifard untuk melakukan percubaan bagi menewaskan penjaga gol, Rami Hamada.
Penguasaan Iran berterusan selepas pemain pertahanan, Shoja Khalilzadeh yang tidak dikawal pemain Palestin ketika situasi sepakan percuma diambil Ghoddos untuk menolak masuk bola bagi gol kedua perlawanan pada minit ke-12.
Anak buah Amir Ghalenoei itu menambah jaringan ketiga pada minit ke-38 menerusi pemain sayap kiri, Mehdi Ghayedi.
Berpunca daripada umpanan baik Alireza Jahanbakhsh ke sebelah kiri yang menyaksikan Ghayedi tidak dikawal pertahanan lawan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
