Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Piala Asia Futsal 2024: Uzbekistan Tundukkan Australia 3-2

today17 April 2024

Background
Uzbekistan Australia


Uzbekistan memulakan kempen Piala Asia Futsal 2024 dengan nota kemenangan selepas menundukkan Australia 3-2 pada aksi kumpulan B yang berlangsung di Bangkok Futsal Arena, sebentar tadi.

Menamatkan edisi 2022 di kedudukan ketiga terbaik menyaksikan Uzbekistan mempersembahkan corak permainan cukup meyakinkan sepanjang 40 minit.

Baca Juga:

Namun, anak buah Venancio Lopez itu tersentak seawal minit kelima berikutan jaringan yang dihasilkan Australia menerusi Wade Giovenali.

Mendapat hantaran Ethan De Melo, Giovenali melakukan ‘turning’ cantik dan kemudiannya melepaskan rembatan padu yang gagal diselamatkan penjaga gol Uzbekistan, Abbos Elmurodov.

Tersentak dengan gol awal tersebut, barisan pemain Uzbekistan yang diketuai Dilshod Rakhmatov tampil dengan lebih garang untuk memburu jaringan penyamaan.

Ketangkasan penjaga gol Australia, Domenic Badolato bagaimanapun menggagalkan usaha Uzbekistan pada babak pertama untuk kedudukan 1-0…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post