Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Argentina berpesta di Lusail Iconic Stadium apabila menjulang Piala Dunia 2022 apabila berjaya menundukkan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi 120 minit terikat 3-3 pada aksi final penuh dramatik yang berlangsung sebentar tadi.
Kemenangan bersejarah yang turut dibantu sumbangan dua jaringan Lionel Messi dan Angel Di Maria dalam 120 perlawanan itu menyaksikan Argentina meraih gelaran juara dunia buat kali ketiga selepas melakukannya sebelum ini pada edisi 1978 dan 1986.
Rodrigo De Paul terlebih dahulu mengancam kubu lawan seawal minit kelima tapi percubaan volinya daripada luar kawasan penalti mudah ditangkap penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.
Kem Argentina melonjak kegembiraan pada minit ke-23 apabila Messi tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti bagi meletakkan skuad La Albiceleste dihadapan.
Sepakan penalti itu dihadiahkan pengadil perlawanan dari Poland, Szymon…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
