
Piala Dunia FIFA 2026 kini berdepan kontroversi baharu apabila satu siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kemungkinan berlaku aktiviti mengatur perlawanan (match-fixing) sepanjang kejohanan tersebut.
Laporan yang dikeluarkan oleh Council of Europe menerusi Group of Copenhagen mengenal pasti beberapa insiden mencurigakan yang memerlukan penelitian lanjut.
Antara yang menjadi perhatian ialah kad merah yang diterima pemain Afrika Selatan, Themba Zwane, ketika aksi menentang Mexico.
Selain itu, semakan VAR yang mengambil masa hampir empat minit sehingga membatalkan jaringan Sepanyol ketika menentang Arab Saudi turut disenaraikan sebagai salah satu insiden yang dipersoalkan.
Lebih mengejutkan, sistem pemantauan turut mengesan lebih AS$4.5 juta pertaruhan mencurigakan yang dibuat terhadap keputusan seri antara Sepanyol dan Cape Verde sebelum perlawanan bermula.
Jumlah pertaruhan luar biasa itu mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan wujudnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
