Site icon Kool FM

Piala Dunia 2026: England Tumpul Berdepan Ghana

england kane


England hari ini gagal mempamerkan ketajaman yang ditunjukkan ketika membelasah Croatia 4-2 apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Ghana dalam aksi Kumpulan L Piala Dunia 2026 di Boston.

Perlawanan yang disifatkan sebagai ujian taktikal buat skuad kendalian Thomas Tuchel itu menyaksikan Ghana tampil dengan pendekatan lebih berhati-hati dan berdisiplin.

Pasukan bimbingan Carlos Queiroz bertahan dengan cukup kemas sehingga menyukarkan England mencipta peluang berkualiti sepanjang 90 minit.

England menguasai sebahagian besar permainan menerusi gandingan Jude Bellingham, Declan Rice dan Elliot Anderson di bahagian tengah, namun sering menemui jalan buntu apabila memasuki kawasan serangan.

Malah, babak pertama berlangsung dalam tempo yang perlahan dengan kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat ke sasaran.

Menyedari pasukannya memerlukan suntikan kreativiti, Tuchel memasukkan Bukayo Saka, Marcus Rashford dan Eberechi Eze pada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version