Site icon Kool FM

Piala Dunia Hoki Remaja 2023: Malaysia Akur Kehebatan Argentina

Malaysia Argentina


Malaysia terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan, Argentina selepas tewas 0-4 pada aksi kedua kumpulan A Piala Dunia Hoki Remaja 2023 yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Berdepan pasukan gergasi yang turut berada di ranking pertama dunia bagaimanapun tidak menganggu rentak pemain negara untuk beraksi dengan meyakinkan terutamanya pada suku pertama dan kedua.

Artikel Berkaitan:

Skuad kendalian Amin Rahim itu menyerap tekanan yang dijelmakan Argentina dengan cukup baik dan turut mendapatkan satu pukulan sudut penalti pada minit ke-10.

Suku kedua juga menyaksikan skuad negara mencipta peluang terbaik menerusi serangan balas pantas serta tiga pukulan sudut penalti yang diterima.

Namun ketangkasan penjaga gol Argentina, Joaquin Ruiz menghalang usaha Faris Harizan dan rakan sepasukannya untuk mendapatkan jaringan.

Argentina kemudiannya menghukum dua kealpaan barisan pertahanan Malaysia dalam tempoh lapan minit menerusi jaringan dihasilkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version