Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Pihak Baitumal Sudah Langsaikan Tunggakan, Bakal Carikan Rumah Sewa Baharu’ – To’Ki

today13 October 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Beberapa hari lalu tular berita seorang pemilik rumah sewa mendakwa seorang penyanyi 90-an tidak membayar sewa rumah selama empat bulan.

Artikel Berkaitan:

Menerusi kemas kini terbaharu dipetik daripada Harian Metro, pihak baitulmal sudah melangsaikan tunggakan sewa dari Jun hingga September (RM900/sebulan) dan bil elektrik sebanyak RM7,000.

To’ki, 58, atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur enggan memberi sebarang komen lanjut setelah dihubungi Harian Metro.

“Ya, saya masih duduk di sini (rumah sewa) lagi. Saya masih menunggu makluman terbaharu daripada pihak Baitulmal sebab mereka akan carikan rumah sewa baharu untuk saya. Insya-Allah, hari ni saya ada temu janji dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau menyatakan masih tinggal di rumah itu sehingga akhir bulan ini kerana masih menunggu makluman daripada pihak Baitulmal selepas pihak berkenaan memberi jaminan akan mendapatkan tempat tinggal baharu untuk dirinya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Korda cipta kejutan di Masters ATP 1000

Shanghai: Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Sebastian Korda mara ke separuh akhir Masters ATP 1000 buat kali pertama selepas mengenepikan tentangan rakan senegaranya, Ben Shelton, di Shanghai, China malam tadi.

today13 October 2023