PETALING JAYA – Setiap kali pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia akan menimbulkan banyak keraguan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia lantas ada yang membuat kiraan sendiri terhadap jumlah pinjaman bank masing-masing.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan yang dipetik daripada soalan lazim tentang dasar monetari menjelaskan bahawa, pinjaman individu itu bergantung kepada jenis pembiayaan yang diambil, sekiranya pinjaman berkadar tetap, ia tidak akan terjejas.
“Jumlah yang anda bayar balik kepada bank akan kekal sama, lazimnya kadar ini digunakan untuk pinjaman kereta.
“Jika anda mempunyai pinjaman berkadar terapung, kos peminjaman akan meningkat, ini bermakna bayaran ansuran bulanan anda akan menjadi lebih tinggi.
“ Lazimnya, kenaikan kadar ini akan memberikan kesan pada pinjaman perumahan dan sesetengah pinjaman peribadi,” katanya.
Jelas bank pusat, bagi peminjam individu pula, kadar faedah pinjaman akan meningkat Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
