PETALING JAYA – Absolut Event & Management Sdn. Bhd. (Absolut Event & Management) prihatin terhadap nasib peniaga kecil yang mahu bangkit berniaga selepas terkesan daripada impak pandemik Covid-19 menyediakan dana pinjaman khusus kepada kumpulan tersebut untuk menyertai festival raya anjuran syarikatnya.
Pengarah syarikat, Ben Ali berkata, pelan pembayaran pinjaman secara ansuran untuk menyertai festival itu dilihat dapat membantu peniaga kecil membeli stok barangan, sekali gus menjadikan festival raya itu sebagai platform untuk mereka menjana pendapatan.
Menurutnya, penganjuran festival raya yang dipercayai terbesar selepas pandemik itu akan diadakan tanpa henti selama 66 jam bermula 22 April tahun ini bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Kami menjangkakan satu juta orang berkunjung ke festival raya kerana ia bakal menjadi tarikan popular masyarakat untuk membuat persiapan hari raya setelah dua tahun kita…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
