IPOH – Projek pembangunan Silver Valley Technology Park (SVTP) di Kanthan Bharu dekat Chemor dijangka memberi impak ekonomi kepada negeri Perak apabila membawa pelaburan langsung asing (FDI) dan domestik bernilai RM14 bilion.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.03 bilion itu juga bakal membuka 13,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat negeri ini.
Menurut beliau, SVTP akan dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dengan anak syarikatnya, Perak Corporation Berhad (Perak Corporation) bersama rakan strategik, Advancecon Holdings Berhad (Advancecon).
Advancecon adalah pakar kerja tanah dan kejuruteraan selain mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam membangunkan beberapa projek berskala besar sebelum ini.

“Melalui perjanjian usaha sama ini, ketiga-tiga pihak akan menggabungkan sumber, kepakaran, kemahiran, pengetahuan dan keupayaan dalam pembangunan SVTP,” katanya.
Beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
