KLANG – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina sebanyak 336 unit rumah bagi menempatkan sehingga 5,712 pekerja untuk Projek Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) di Bandar Sultan Suleiman di sini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan CLQ pertama oleh kerajaan negeri itu mengambil model daripada pelaksanaan penempatan pekerja di Balakong, Bangi dan Petaling Jaya serta negara lain seperti Dubai di Qatar dan Singapura.
“Kita akan melihat peraturan yang ada dan kita masih boleh buat walaupun satu-satu unit perumahan itu akan menempatkan lebih daripada 10 orang.
“Ini adalah berdasarkan peraturan yang kita buat, keluasan (rumah) lebih 1,200 kaki persegi itu akan melibatkan pengudaraan dan kemudahan baik,” katanya selepas melancarkan Projek Pembangunan Lestar CLQ PKNS di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan tanda tangan memorandum persefahaman (MoU) bagi pembinaan CLQ bernilai RM120 juta itu yang melibatkan PKNS, PKNS FM…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
