Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PKNS mampu untung RM300 juta

today19 May 2022

Background


SHAH ALAM – Kerajaan negeri menjangka Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mampu  beroleh keuntungan sehingga lebih RM300 juta tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, unjuran itu susulan daripada inisiatif penyusunan semula pelaburan dan elemen korporat yang dilaksanakan syarikat, selain perkembangan positif dalam sektor pembinaan.

“Dua tahun lepas, kami rugi RM500 juta dan tahun 2021 catat untung RM30 hingga RM40 juta. Ini menunjukkan pelan jangka pendek dan panjang berjalan dengan baik.

“Bagi tahun ini, kami jangka antara RM200 hingga RM300 juta (keuntungan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam, hari ini.

Majlis tersebut dihadiri lebih 2,000 orang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas.

Amirudin Shari bercakap kepada pemberita pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS.

Amirudin memberitahu, pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan sebahagian kedudukan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD YUNUS YAKKUB


Previous post