Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PKNS sasar jualan SELBIZ 2022 catat transaksi jualan RM1 juta

today27 June 2022

Background


PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan transaksi urus niaga bernilai RM1 juta semasa Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ 2022) dengan sasaran kehadiran sejumlah 10,000 pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Abbas berkata, program tersebut akan berlangsung selama dua hari bermula 3 September ini bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.

Menurut beliau, program sulung SELBIZ 2022 itu akan dirasmikan  Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan ia dijangka menjadi penggerak kepada prestasi ekonomi negeri pada tahun ini, seterusnya mempergiatkan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik. 

“Sudah terbukti selama ini bahawa fleksibiliti dan kebolehsuaian merupakan kunci kepada perniagaan yang berjaya. 

“Kini, ciri-ciri keusahawanan yang unik dan ditambah dengan produk serta perkhidmatan yang berkualiti adalah penting untuk menggiatkan semula ekonomi dalam usaha pemulihan era pasca-pandemik,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post