Site icon Kool FM

PKNS, UiTM pelihara Hutan Komuniti Shah Alam


PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memelihara Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) seluas 34.5 hektar yang dimiliki oleh PKNS.

Di bawah MoU berkenaan, Hutan Komuniti PKNS, yang terletak di Bandar Sierra Alam akan terus dipulihara sebagai habitat flora dan fauna serta kawasan ekologi.

Kerjasama tersebut juga selari dengan aspirasi negara yang sedang dalam usaha untuk memenuhi sasaran pengurangan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan mencapai neutral karbon menjelang 2050.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, SACF merupakan pusat tumpuan pencinta alam sekitar yang digemari oleh semua peringkat umur.

“Menyedari kepelbagaian khazanah semula jadi ini dan peranannya dalam mengurangkan kemungkinan berlakunya perubahan iklim, kami terpanggil untuk terus memelihara dan memulihara keindahan khazanah ini selaras dengan usaha PKNS dalam menerima pakai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version