KUALA SELANGOR – Pengalaman hampir dua tahun ‘berkurung’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat peningkatan kes Covid-19 membuatkan pasangan Hassan Suray dan Siti Jazila Md. Ali nekad mencuba cabang perniagaan baharu.
Sebelum ini, kedua-duanya yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlibat dalam sektor pembinaan dan bekerja sebagai kontraktor, namun ruang masa yang ada ketika berkurung membolehkan pasangan ini mencuba pelbagai resipi baharu.
Setelah dua tahun mencuba pelbagai jenis resipi makanan tempatan, kesungguhan Siti Jazila melakukan pelbagai eksperimen bagi menghasilkan menu masakan bercitarasakan Korea yang menepati selera peminatnya di negara ini dilihat membuahkan hasil.
Menurut Hassan, selepas beberapa pengubahsuaian dan penyelidikan dilakukan terhadap resipi dan menu, akhirnya dia dan isteri menerima pelawaan pihak pengurusan di ruang niaga Eco Grandeur, Puncak Alam untuk berniaga di kawasan itu pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
