PETALING JAYA – Syarikat Planworth Global Factoring Sdn. Bhd. (Planworth) telah melancarkan kempen Touch Your Heart bagi usaha membantu golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan ini.
Pengurus Pemasaran Planworth, Farahdina Mohd. Tamrin berkata, menerusi kempen tersebut, sebanyak 50 peratus daripada yuran pemprosesan bagi pembiayaan daripada Planworth akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.
“Pada bulan Ramadan ini, kempen Touch Your Heart berpeluang bekerjasama dengan pelanggan dalam berkongsi rezeki menyalurkan sumbangan dan membantu mereka yang kurang kemampuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Gombak, Selangor baru-baru ini.

Farahdina menjelaskan, Planworth memberi sumbangan sebanyak RM15,000 yang terdiri daripada wang tunai sebanyak RM10,000 beserta barangan keperluan makanan dan duit raya kepada 65 penghuni rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak, Selangor.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: