Site icon Kool FM

Platform Keibubapaan Digital (KID)

Platform Keibubapaan Digital (KID) merupakan satu inisiatif hasil penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Platform ini diwujudkan khusus untuk membantu ibu bapa Malaysia mendidik anak-anak dalam dunia digital secara selamat, seimbang dan beretika melalui pelbagai bahan seperti artikel, modul pembelajaran, video, dan juga elemen gamifikasi.

Platform ini juga menghubungkan ibu bapa dengan pakar dalam pelbagai bidang seperti psikologi kanak-kanak, perubatan, komunikasi dan teknologi agar panduan yang diberikan benar-benar sesuai dengan realiti budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Salah satu keunikan platform ini ialah adanya forum komuniti untuk ibu bapa berhubung, berdiskusi dan mendapatkan sokongan daripada ibu bapa yang lain.

Layari platformkid.my serta ikuti media sosial platformkid.my untuk maklumat dan panduan keibubapaan yang boleh dipercayai. Jadilah ibu bapa yang celik serta bijak digital dengan platform KID!

Exit mobile version