PETALING JAYA – IP ServerOne, penyedia perkhidmatan awan di negara ini, telah melancarkan NovaGPU sebuah platform GPU-as-a-Service (GPUaaS) yang direka untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (AI) menerima pakai kecerdasan buatan (AI) mengikut keperluan mereka.
Produk NovaGPU yang mula dilancarkan pada bulan April lalu itu akan membolehkan PKS menyewa kuasa pemprosesan komputer yang canggih dari internet apabila diperlukan sahaja.
Pengarah Urusan IP ServerOne, CL Lee berkata, dalam era AI yang sedang mengubah industri dengan pantas telah menyebabkan PKS sering kali tertinggal daripada perubahan tersebut kerana berdepan dengan masalah bajet yang terhad, kekurangan kepakaran teknikal, dan ketidaktentuan mengenai cara untuk bermula.
Menurut beliau, AI menawarkan pelbagai kemungkinan, tetapi nilai sebenar terletak pada bagaimana ia digunakan.
“Selalunya, kesan paling bermakna bermula dengan mengautomasikan perkara yang paling memperlahankan perniagaan anda. Anggaplah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
