
PETALING JAYA – Zaya, sebuah platform hospitaliti mesra muslim dari Malaysia telah dilancarkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Putrajaya bersempena Global Halal Summit Malaysia 2026 (GHaS 2026) baru-baru ini.
Pelancaran ini menandakan permulaan perjalanannya dari Malaysia ke persada dunia bagi menghubungkan pengembara, penyedia hospitaliti dan destinasi melalui sebuah ekosistem hospitaliti mesra Muslim yang baharu.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan; Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Mohammad Faisal Abu Suaib Khan; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pegawai Eksekutif Zaya, Datuk Ada Poon.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Zaya dibangunkan untuk menghubungkan pelbagai dimensi perjalanan hospitaliti mesra Muslim dalam satu ekosistem yang meliputi penginapan, perjalanan,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: