SHAH ALAM – Plaza Alam Sentral di sini, yang telah diambil alih oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dari Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) kembali meriah dengan penganjuran Festival Ramadan Selangor (Festira) 2024 sehingga 9 April ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, festival yang bermula sejak 22 Februari itu menyasarkan kehadiran seramai dua juta pengunjung.
Jelasnya, Plaza Alam Sentral merupakan aset baharu PKNS yang telah diambil alih sejak bulan Disember yang lalu dan banyak yang perlu dilakukan untuk menarik pengunjung kembali ke pusat beli-belah tersebut.
“PKNS telah merancang pelbagai projek naik taraf bagi menambah baik dan memberi nafas baharu kepada bangunan ni kelak.
“Sebelum ini Plaza Alam Sentral seperti yang semua ketahui adalah sedikit kurang menarik dan kita berharap di bawah PREC ia akan hidup semula,” katanya pada Majlis Perasmian Festira 2024 oleh Exco Belia, Sukan &…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: