PLBM MAHU VENUE BOLING PADANG DI BUKIT KIARA DIKEKALKAN—–UTK ONLINE/PRINT—Syazwan [email protected] Lumpur: Persatuan Boling Padang Malaysia (PLBM) tetap dengan pendirian untuk ‘melawan’ supaya venue Pusat Boling Padang Nasional Bukit Kiara di sini, dapat dikekalkan pada masa akan datang. Presidennya Datuk Awalan Abdul Aziz berkata, lokasi pusat latihan boling padang itu cukup strategik sekali gus memudahkan atlet Malaysia menjalani latihan tanpa sebarang masalah. Malah, beliau berkata, venue berkenaan turut mempunyai memori indah terutama berjaya melahirkan atlet yang menyumbang banyak pingat untuk negara selain turut sebagai lokasi pertandingan untuk kejohanan antarabangsa. Walaupun status pajakan venue berkenaan masih belum diketahui, namun beliau berharap perkara terbabit dapat dipertimbangkan oleh kerajaan demi kemajuan sukan boling padang negara. “Kita sebenarnya akan ‘fight’ untuk kekalkan tapak ini kerana bukan saja ada nostalgia namun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: