Pada awal bulan Oktober lalu, kerajaan bersetuju untuk meneruskan ‘PLKN 3.0’ dengan kaedah latihan di kem tentera.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebanyak 13 kem tentera Wataniah akan digunakan untuk latihan selama tempoh 45 hari, dengan kapasitinya menampung seramai 20,000 pelatih.
Memetik kemas kini terbaharu, PLKN 3.0 akan membabitkan dua fasa di mana Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap akan diperkasakan pada peringkat itu.
Manakala lepasan SPM pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan tentera wataniah sedia ada, petik Berita Harian.
“PLKN Fasa 1 membabitkan penglibatan di fasa sekolah, manakala PLKN Fasa 2 pula selepas fasa sekolah, iaitu selepas peperiksaan SPM.
“Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, mereka akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
