PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (Plus) menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Petronas Dagangan Berhad untuk bekerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh raya Malaysia.
Stesen tersebut bakal menyediakan perkhidmatan mobiliti menyeluruh seperti stesen petrol dan diesel berskala besar, termasuk stesen pengecasan pantas untuk pengguna kenderaan elektrik (EV).
Selain itu, ia turut menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang lebih selesa, perkhidmatan runcit serta ruang makanan seperti gerai makan, kafe dan restoran.
Lembah Klang telah dikenalpasti sebagai lokasi perintis untuk pembangunan fasiliti hibrid ini. Dengan keluasan lebih daripada 30,000 kaki persegi, ia turut memberi penekanan terhadap kelestarian menerusi reka bentuk bangunan cekap tenaga hingga penyertaan ruang hijau dan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Pengarah Urusan Plus, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, sebagai pengendali lebuh raya utama di Malaysia, pihaknya komited…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: