Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ingin ada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam insiden pembakaran karikatur dirinya baru-baru ini dipecat dari universiti. Hal ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Menurut Zambry yang dipetik dari Sinar Harian, Perdana Menteri berpendapat bahawa walaupun tindakan mahasiswa itu mencetuskan kontroversi, masa depan dan pengajian mereka perlu diberi keutamaan berbanding dikenakan hukuman yang terlalu keras.
“Bagi Perdana Menteri, mereka mungkin telah membuat kesilapan tetapi masa depan dan pengajian mereka jauh lebih penting dan perlu diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Pada 21 Jun 2025, sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dikenali sebagai “Suara Mahasiswa UMS” telah menganjurkan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 di Kota Kinabalu. Semasa perhimpunan ini, mereka membakar karikatur…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: