Site icon Kool FM

PMDIC bakal lahirkan mutawwif berkemahiran


PUTRAJAYA – Professional Mutawiff Development International College (PMDIC) yang menawarkan Program Kemahiran Mutawwif Umrah dan Ziarah di Malaysia bakal melahirkan lebih ramai mutawwif berpengetahuan tinggi dan berpengalaman untuk memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat.

Pengarah Urusan Professional Mutawwif Development Sdn. Bhd. (PMDSB), Abd. Halim Ikhsan berkata, sehingga kini terdapat lebih daripada 250 pelajar sedang mengikuti pengajian selama dua tahun di situ.

PMDIC telah ditubuhkan pada tahun 2020 kini memiliki cawa­ngan di Perak, Melaka, Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Dalam beberapa bulan akan datang, PMDIC akan mula berope­rasi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Johor; Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Universiti Teknologi Mara cawa­ngan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pemete­raian memorandum persefahaman (MoU) antara PMDSB dengan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version