PETALING JAYA- Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) komited untuk menambahbaik infrastruktur keselamatan awam di pusat bandar Kuala Lumpur (KL) dengan mengendalikan projek pembangunan semula Balai Polis Tun H.S. Lee di Presint Merdeka 118.
Projek penubuhan semula balai polis itu adalah susulan daripada majlis menandatangani perjanjian penswastaan pada Julai tahun 2022 antara Kementerian Dalam Negeri, syarikat Tanah dan Harta Sdn. Bhd dengan PMVSB.
Ketua Pegawai Eksekutif PMVSB, Datuk Tengku Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, pihaknya komited untuk memastikan komuniti sekitar kekal selamat dan terus berkembang maju sejajar dengan pembangunan projek Merdeka 118.

“Projek ini akan dibangunkan berasaskan beberapa skop utama yang akan bermula dengan Skop Projek 1 yang melibatkan pembangunan semula balai polis itu.
“Projek ini meliputi kawasan seluas 0.744 hektar yang sedang dilaksanakan di Kompleks Balai Polis Tun H.S. Lee…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: