Site icon Kool FM

PNB catat agihan pendapatan, bonus RM14.5 bilion kepada pemegang unit


PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mencatatkan rekod agihan pendapatan dan bonus sebanyak RM14.5 bilion kepada pemegang unitnya bagi 18 dana Harga Tetap (FP) dan Harga Berubah (VP).

Pencapaian ini didorong oleh persekitaran makro ekonomi dan pasaran modal yang positif serta strategi kepelbagaian aset yang berterusan, dengan jumlah pendapatan bersih kumpulan PNB meningkat sebanyak 30.2 peratus daripada RM13.04 bilion pada tahun 2023 kepada RM16.97 bilion.

Pengerusi Kumpulan, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata,  PNB terus menjadi syarikat pengurusan aset pilihan utama yang dipercayai oleh semua rakyat dengan bilangan pemegang akaun unik dan jumlah akaun masing-masing meningkat ke paras tertinggi iaitu 13.1 juta dan 16.2 juta.

Jumlah AUM telah kembali pulih, mencecah RM348.3 bilion, meningkat daripada RM337.0 bilion pada tahun 2023.

“Kami berbesar hati dengan prestasi kukuh yang dicapai oleh PNB pada tahun 2024.
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version