Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

PNB catat pendapatan bersih RM13 bilion tahun kewangan 2023

today25 June 2024

Background


PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mencatat peningkatan sebanyak 13 peratus dalam pendapatan kasar kepada RM16.4 bilion pada tahun 2023 berbanding RM14.5 bilion tahun sebelumnya.

Dalam tempoh tersebut, pendapatan bersih pula tumbuh 25 peratus kepada RM13 bilion berbanding RM10.4 bilion tahun 2022.

Menurut Pengerusi Kumpulan, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, PNB telah  menghasilkan pulangan memberangsangkan merentas portfolio produk terdiri daripada 17 dana, terutamanya melalui dana harga tetap dan berubah-ubah.

“Kenaikan had pelaburan individu untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan peningkatan saiz dana Amanah Saham Malaysia (ASM) telah mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 780,000 pemegang unit mengambil peluang meningkatkan simpanan mereka. 

“Secara keseluruhan, perkembangan ini menghasilkan jualan tambahan sebanyak RM6.8 bilion bagi ketiga-tiga dana tersebut,” katanya dalam  Laporan Tahunan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post