PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah memeterai perjanjian jualan dan pajakan balik dengan Osram Opto Semiconductors Sdn. Bhd. (Osram) dalam aset industri berteknologi tinggi di Kulim II, Kedah.
Perjanjian yang bernilai kira-kira RM2 bilion itu dijangka dimuktamadkan sehingga bulan Disember ini yang mana setiap pelabur memegang saham sebanyak 33.3 peratus.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, transaksi tersebut bakal menawarkan peluang yang unik baik bagi PNB, KWSP dan KWAP untuk melabur dalam hartanah industri hartanah berspesifikasi tinggi di Malaysia dan menawarkan pulangan yang kompetitif.
“Pelaburan itu adalah untuk tempoh 10 tahun dengan strategi keluar yang jelas,” katanya di sini.
Selain itu, pelaburan yang menjadi pemangkin kepada Pelaburan Terus Asing (FDI) itu akan membolehkan rakan niaganya membangunkan modal yang banyak di negara ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: