PETALING JAYA – Anak syarikat penyelidikan milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), PNB Research Institute Sdn. Bhd. (PNBRI) baru-baru ini menganjurkan siri pertama PNB Knowledge Forum (PKF) 2023 dengan tema Memanfaatkan Inovasi dan Teknologi untuk Perniagaan Mampan.
PKF menampilkan empat syarikat pelaburan PNB, iaitu Sime Darby Plantation Berhad, Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) yang merupakan peneraju pasaran dan telah berjaya menerapkan pendekatan inovatif dan teknologi disruptif ke dalam sektor masing-masing.
Pembentangan Sime Darby Plantation, bertemakan ‘Plantations Reimagined’, menampilkan inovasi yang menyumbang kepada kepimpinan pasaran yang mampan dan kecemerlangan organisasi dalam rantaian nilai sektor perladangan.
Sementara Sime Darby Berhad berkongsi perjalanan ‘elektrifikasi’ syarikat tersebut, dalam usaha mengambil peluang baharu yang muncul daripada penggunaan kenderaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: