Site icon Kool FM

PNB raikan Ramadan bersama komuniti


KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) meneruskan komitmen jangka panjangnya dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Majlis Raikan Ramadan Bersama PNB yang berlangsung di Masjid Al‐Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 semalam.

Majlis tersebut meraikan 66 orang anak yatim daripada beberapa rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang serta 50 pelajar Celik Madani, iaitu program literasi kewangan di bawah kelolaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Penyertaan pelajar Celik Madani pada tahun ini adalah yang pertama sejak program berkenaan dilancarkan, sejajar dengan usaha PNB untuk memperkukuh literasi kewangan dalam kalangan belia Malaysia.

Sebagai pengisian program, anak-anak dan pelajar dibawa melawat kawasan sekitar Presint Merdeka 118, termasuk lokasi bersejarah seperti Stadium Merdeka.

Inisiatif ini bertujuan memperkukuh pemahaman generasi muda terhadap sejarah negara serta menghargai perjalanan Malaysia menuju sebuah negara berdaya tahan dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version