Site icon Kool FM

PNSB, MGB lancar rumah Idaman Melur, harga bermula RM250,000


PETALING JAYA – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama MGB Berhad (MGB), anak syarikat LBS Bina Group Berhad dan penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah melancarkan projek Idaman Melur hari ini, salah satu daripada enam projek Rumah Idaman MBI (Pemerbadanan Menteri Besar Selangor) di Galeri Jualan KITA @ Cybersouth.

Idaman Melur terletak di Cybersouth, Sepang, terdiri daripada dua buah blok pangsapuri 23 tingkat yang dibina di atas tanah berkeluasan 12.07 ekar (4.8 hektar) dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM414 juta.

Projek pangsapuri berkenaan dibina berdasarkan tiga variasi reka bentuk dan ditawarkan pada harga bermula daripada RM250,000.

Idaman Melur merangkumi sejumlah 1,448 unit pangsapuri berkeluasan binaan minimum 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta dilengkapi penghawa dingin, peti sejuk, almari pakaian, kabinet dapur,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version