Siapa yang pernah menjejakkan kaki di bandar bersejarah, Melaka pasti pernah melihat sebatang pokok jenis Batai Laut teguh berdiri di hadapan Bangunan Merah Stadthuys.
Difahamkan lagi, pokok tersebut berdiri di situ sejak penjajahan British pada 1894 lagi dan kini akarnya sudah tidak mampu bertahan sehingga menyebabkan tumbang secara tiba-tiba.
Berikutan itu, Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Moahzam Asari berkata, pokok tersebut rebah sekitar jam 6.30 pagi dan mereka mula membuat kerja pembersihan sekitar jam 7 pagi.
Perkara ini juga tular di media sosial apabila salah seorang pengguna twitter memuat naik beberapa keping gambar di tempat kejadian. Dalam pada masa sama juga, ada juga berkongsi video saat pokok Batai Laut itu tumbang.
Nah vid masa pokok tumbang. pic.twitter.com/ZUXhhvh8RU
— 🇲🇾 abcdefgHaniiiiiim (@hanimkurus) March 17, 2021
Bagaimanapun, pihak (MBMB) akan memikirkan spesis pokok lain yang akan ditanam bagi menggantikan pokok berusia 127 tahun yang rebah di bumi bersejarah itu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Melaka United Mahu Pengadil Perlawanan Dan Khairil Anuar Diambil Tindakan
Sumber: twitter