Polis Selangor hari ini membuka kertas siasatan berhubung penyebaran beberapa gambar yang didakwa keadaan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial.
Dua gambar berkenaan yang dipercayai ketika proses bedah siasat dimuat naik di aplikasi Telegram sejak malam tadi.
Baca Juga:
Penyebaran gambar itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang meluahkan kemarahan melihat kekejaman dilakukan oleh pembunuh tanpa belas kasihan.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi adakah ia gambar sebenar mangsa kanak-kanak dalam kes tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sedang mengesan dalang yang terbabit dalam penyebaran gambar didakwa bahan bukti kes itu.
Menurut laporan Berita Harian, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
“Satu laporan polis dibuat Pegawai Penyiasat kes susulan penularan antara gambar bahan bukti kes berkenaan. Kita akan mengesan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: