Site icon Kool FM

Polis Dedah Kenderaan Suspek Pecah Rumah Khuzaimi Piee

Khuzaimi Piee


Pihak polis telah mendedahkan jenis kenderaan yang digunakan oleh suspek ketika kejadian pecah rumah yang dialami oleh pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.30 malam tadi.

Baca Juga:

“Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan jenis MPV warna putih dan melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R seperti mana diviralkan. Semasa kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah,

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda,” kata beliau dalam kenyataan media.

Dalam masa yang sama, pihak polis menegaskan mereka ketika ini sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek pada kadar segera.

Dalam laporan polis yang dibuat, Khuzaimi Piee mendakwa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version