Site icon Kool FM

Polis Giat Buru 3 Lelaki Bakar Anak Kucing Hidup-Hidup Di Kajang


Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.

Mohd Zaid berkata pada 10.51 pagi Selasa pengadu seorang wanita berusia 63 tahun telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan semakan pihak polis terhadap rakaman CCTV mendapati kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari pada Isnin.

“Menerusi rakaman berkenaan dua daripada tiga lelaki yang sedang melepak di tempat letak motosikal telah menyimbah bahan bakar ke badan anak kucing tersebut sebelum menyalakan api, ketiga-tiga mereka kemudian hanya melihat anak kucing itu berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd Zaid lagi, seorang penduduk di flat berkenaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version