Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Kesan Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

today9 July 2025

Background
polis kesan pengayuh basikal


Polis sedang mengesan sekumpulan pengayuh basikal yang dipercayai terbabit dalam insiden menghalang laluan sebuah bas di Kilometer 23 Jalan Kuala Selangor–Kuala Lumpur arah Sungai Buloh, pada Ahad lepas.

Insiden tular melalui media sosial berlaku kira‑kira jam 9:35 pagi berhampiran lampu isyarat Batu Arang.

Konfrontasi Dengan Penunggang Basikal, Pemandu Bas Rapid Diarah Masuk Sesi Kaunseling Kerana Gagal Kawal Emosi

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Azaharudin Tajudin berkata pemeriksaan awal mendapati kumpulan itu mengayuh basikal dalam kelompok besar di lorong kiri jalan dan dipercayai menghalang pergerakan bas tersebut.

Namun, tiada kemalangan dilaporkan, dan polis kini dalam usaha mengesan mereka bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Peraturan 42(3) Kaedah‑Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana menunggang basikal secara bersaing. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Selangor di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post