Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Kesan Perompak Naik BMW Berdaftar Di Ampang

today18 August 2026

Background
Rompakan Genting Highlands: Polis Kesan Perompak Naik BMW Berdaftar Di Ampang


Tiga lelaki bertopeng yang merompak barang kemas bernilai RM1.7 juta dari sebuah kedai di pusat beli-belah di Genting Highlands semalam melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan mewah jenis BMW yang didaftarkan atas nama seorang lelaki di Ampang, Selangor, kata polis.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, dalam satu kenyataan hari ini berkata polis mendapati perkara itu hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah Sky Avenue, petik Free Malaysia Today.

Beliau berkata dalam kejadian pada jam 11.39 pagi di premis Chow Tai Fook itu, ketiga-tiga suspek yang memakai pelitup muka, topi dan jaket, bersenjatakan kapak serta kuku kambing yang digunakan untuk memecahkan dan memaksa buka cermin pameran.

Rompakan tersebut mengambil masa sekitar dua minit, dengan suspek melarikan diri pada jam 11.41 pagi, katanya.

“Semasa kejadian berlaku, dua pekerja – seorang lelaki dan seorang wanita – berada di dalam kedai manakala…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post