Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Kesan Suspek Insiden Pukul Pengguna Lebuh Raya

today9 August 2026

Background
Perselisihan Pemandu Ferrari-Perodua Aruz: Polis Kesan Suspek Insiden Pukul Pengguna Lebuh Raya


Pihak Polis Daerah Nilai sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pukul dan ugutan jenayah di Kilometer (KM) 276 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Johari bin Yahya memaklumkan bahawa pihak polis telah menerima laporan berkenaan insiden tersebut pada jam 6.40 petang, 8 Ogos 2026.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada hari yang sama, kira-kira jam 11.00 pagi, petik kenyataan rasmi.

Hasil siasatan awal mendapati perbalahan berpunca daripada perselisihan faham berkaitan pemanduan yang melibatkan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.

Dalam insiden tersebut, suspek dipercayai telah memukul mangsa sehingga jatuh selain mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah. Kejadian itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Pihak polis mengesahkan bahawa identiti suspek serta kenderaan yang terlibat telah dikenal pasti, dan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post