Arau: Tiga lagi sekatan jalan raya (SJR) ditambah di Perlis bagi memperketatkan lagi pemeriksaan terhadap sebarang pergerakan rentas negeri ke negeri itu.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, sebelum ini terdapat 10 SJR di negeri itu ketika negeri berkenaan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kita kemudiannya melonggarkan sedikit kawalan apabila beberapa SJR di kawasan tertentu ditutup selepas Perlis kembali menjadi negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan…