Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Sahkan Lelaki ‘Jogging’ Dalam Keadaan Bogel Di Shah Alam Ada Masalah Gangguan Mental

today8 April 2025

Background


Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi dengan remaja berusia 18 tahun itu berjaya ditahan anggota rondaan cegah jenayah.

Menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik oleh pihak Polis (IPD) Shah Alam di Facebook, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, setelah dipujuk dan ditenangkan remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seksyen 6 untuk tindakan lanjut.

Katanya, anggota polis seterusnya telah memberikan pakaian dan didapati remaja itu hanya boleh berinteraksi menggunakan isyarat tangan dan menulis nombor telefon orang yang boleh dihubungi.

“Bapa saudara kepada remaja tersebut telah hadir di balai polis tersebut dan memaklumkan anak saudaranya tinggal bersamanya di Seksyen 9, Shah Alam.

“Remaja itu mengalami masalah gangguan mental dan sebelum ini telah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Luar Negara

Arab Saudi tetapkan 29 April tarikh akhir kepulangan jemaah umrah

Jeddah: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menetapkan 13 April sebagai tarikh akhir kemasukan jemaah Umrah ke negara itu, manakala 29 April pula sebagai tarikh akhir untuk mereka meninggalkan Arab Saudi bagi memberi laluan kepada musim Haji yang akan datang. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 April 2025