Walau bagaimanapun, pihak polis memaklumkan telah menahan suami isteri yang bertindak memasuki beberapa kedai serta makan di restoran walaupun tidak lengkap dua dos vaksin Covid-19 seperti tular di Facebook sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tahun itu ditahan di rumah mereka di Bandar Putera 2 pada 5 petang semalam.
Katanya, penahanan itu susulan aduan diterima pihaknya berhubung satu muat naik di Facebook bernama Mujaheeda Soleha yang berkongsi mengenai sosial eksperimen yang dijalankan mereka.
“Perkongsian pemilik akaun itu turut mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam.
“Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: