Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Polis Sahkan Tiada Unsur Gangsterisme Atau Perkauman

today13 February 2026

Background


Polis telah mengesahkan bahawa insiden dalam video tular yang menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal di Kampung Sungai Jernih, Kajang tidak mempunyai sebarang unsur gangsterisme atau isu perkauman.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada pertikaian peribadi antara dua pihak berkaitan isu tanah laluan lori di kawasan berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa dua laporan polis telah dibuat dan lima lelaki, termasuk seorang warga asing berumur antara 24 hingga 38 tahun, telah ditahan bagi membantu siasatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri, tidak membuat spekulasi, serta tidak menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post